Kali pertama saya pandang awak hari tu saya tergamam. Saya perlahan-lahan mendekat diri saya dengan awak , saya tatap muka awak , saya hayati betul-betul di setiap sudut wajah jernih awak , saya merasakan yang saya dah memilih orang yang tepat dalam hidup saya , memilih jalan yang lurus dan saya mendapatkan petunjuk olehNya dengan kewujudan awak dalam kehidupan saya. Insan yang boleh mengubah cara hidup saya. Insan yang mengajar saya erti CINTA yang sebenar. Insan yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi orang yang mereka cintai. Dan yang paling penting , insan yang mencintai saya menyayangi saya sepenuh hati. Saya buntu dengan kehidupan saya , saya mencari-cari siapa kah saya sebenarnya? Saya alpa dengan corak kehidupan saya , saya mencari dimana cara kehidupan saya sebenarnya? Saya gembira bila awak lah penyinar hidup saya. Awak yang bagi saya harapan. Awak yang buatkan saya tahu siapa diri saya sebenarnya. Awak buat saya tahu cara kehidupan saya macam mana. Awak gerakkan kembali hati saya , untuk mencintai dan menyayangi seseorang dalam hidup saya. Awak ajarkan saya macam mana untuk menghargai seseorang , mencintai seseorang , menyayangi seseorang seikhlas-ikhlas nya. Awak guru saya , awak bestfriend saya , awak bakal Imam saya , awak bakal menjadi ketua keluarga saya kelak. Insyaallah.
Saya tak tahu untuk mengungkap kata-kata cinta yang penuh dengan madah berhelah pada awak ataupun buat perkara yang konon nya 'romantik' like candle light dinner kat restoran mahal , lepak or picnic kat tepi pantai ataupun mana-mana tasik di Malaysia ni. Saya tak pandai. Yang saya faham , perkara seperti tu tak perlu dalam percintaan yang sebetulnya sejati dan murni. Tapi , dengan kewujudan awak dalam hidup saya banyak mengajar segalanya. Saya terharu , saya menangis kegembiraan , saya bangga mendapat kan awak. Saya bangga kerana dapat menjerat hati awak daripada wanita lain. Saya perlukan awak untuk mencintai saya , menyayangi saya dan menjaga saya seumur hidup saya. Saya terpejam mata saya seketika , saya pandang bulan dari balkoni rumah saya. Saya tatap bulan tersebut , saya teringat kan awak.
, "Awak , seandai nya awak tahu apa yang ada dalam hati saya ini , awak akan berbangga dan bahagia bersama dengan saya. Kerana saya insan yang akan selalu menemani awak untuk melihat pungguk bersama-sama. Menatap bintang yang bersinar-sinar , membilangi nya dan seterusnya akan sentiasa mengulangi nya sewaktu hayat kita berdua awak"...
HAMIZ SYUKRI HAMZAH
Awak lelaki yang gagah dalam percintaan yang sejati ni. Terima kasih menyinari hidup saya selama ini. Awak banyak mengubah hidup saya. Awak banyak memberikan semangat kepada saya untuk bangkit semula dalam mencari cinta yang sebenar. Awak buang prinsip awak untuk menunggu orang yang awak sayang , cinta semua. Awak kuat untuk mencari cinta yang lain dan akhirnya awak bertemu dengan insan yang kekurangan ini. Saya tidak banyak kelebihan , awak.
Saya hanya wanita yang inginkan cinta yang baharu , wanita yang lemah dengan dugaan hidup , wanita yang senang menangis dan meratapi benda yang tidak mungkin akan terjadi. Segalanya tentang saya , awak. Harap awak terima saya seadanya dalam kehidupan awak , terima kehadiran saya untuk mengetuk hati dan singgah dalam hati awak , :). Awak , akan saya selalu menjadi peneman menonton bulan dan bintang di angkasa , akan selalu saya jadi yang terbaik untuk awak , dan saya akan mencuba untuk tidak mengubah diri saya dahulu sebelum mengubah corak kehidupan awak , dan seterusnya corak kehidupan kita berdua.
Hamiz , awak tahu kan yang saya perlukan awak? Sayang , awak dengar ni , awak tahu kan yang saya cintakan awak? Awak tahu kan? Kalau awak tahu , sudikah awak menjadi Imam saya? Sudikah awak menjadi menantu yang terbaik untuk mak saya? Sudikah awak menjadi walid pada anak-anak kita nanti , sayang? Sudi tak awak teman malam saya buat kerja? Sudi tak awak peluk , genggam tangan saya dan cium saya ketika saya sesak nafas nanti? Sudi tak awak menyentuh lembut pipi saya dan mengesat air mata saya jika saya menangis nanti? Awak sudi kan? Jawapan tu pada awak. Saya cinta kan awak sepenuh hati saya. Dan saya akan mencuba menjadi yang terbaik untuk awak. Janji kita dua awak mesti ingat okay. Saya cinta kan awak , Hamiz :)
Saya akan selalu jadi bulan serta matahari untuk menyinari malam dan siang awak . . . .
With Love ♥
Idayu.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ^^v
Hai You Alls ~:D
Tinggalkan Comment Anda Disini..
SATU pun Jadilah (: